Marine Collagen

Marine Collagen merupakan bahan yang diperoleh daripada bahan yang ditemui pada sisik ikan. Ia telah digunakan secara meluas di Jepun selama bertahun-tahun sebagai tambahan semula jadi. Orang yang menggunakan kolagen marin mendakwa ia mempunyai pelbagai manfaat, termasuk tulang dan kulit yang sihat.
Sebab mengapa produk kolagen begitu popular adalah bahawa kolagen yang meningkat boleh membuat fungsi tubuh badan yang lebih berkesan. Penghasilan kolagen adalah amat penting untuk kulit yang sihat, rambut, tulang dan sendi. Tahap kolagen yang kurang dapat dilat dengan ketara pada kulit kerana kulit akan hilang keanjalan dan kendur apabila usia meningkat. Sesetengah orang memilih produk yang megandungi kolagen untuk membantu kulit menjadi lebih tegang dan lembut. Selalunya, pembuat vitamin akan menggabungkan kolagen didalam vitamin sebagai bonus tambahan untuk kulit, rambut dan kuku.
Sejak kolagen marin menjadi dipasarkan secara meluas dalam produk kulit, lebih ramai orang beralih kepada bahan semulajadi ini untuk manfaat berupa anti-penuaan. Walaupun rupa dan tekstur kulit sebahagiannya ditentukan oleh genetik, beberapa faktor lain yang dapat memberi kesan negatif terhadap kulit seseorang seperti toksin, diet, alam sekitar dan merokok. Sesetengah pengguna menggunakan marine collagen kerana ia boleh membantu mereka mengurangkan tanda-tanda penuaan dan mengurangkan kesan negatif toksin.





