Facebook Twitter Gplus RSS
Home Orthosiphon Aristatus

Orthosiphon Aristatus

Misai Kucing

Orthosiphon aristatus (Misai Kucing) ialah pokok herba renek tropika daripada keluarga “Lamiaceae” yang terdapat di Malaysia. Pokok Misai Kucing dapat tumbuh sehingga mencapai ketinggian 1.5 meter. Nama sainsnya Orthosiphon stamineus, Benth.

Pokok misai kucing merupakan sejenis pokok berbunga dan sering ditanam sebagai pokok perhiasan. Bunga terdapat pada ‘verticil’ lebih kurang 16 cm panjang. Bunga berwarna putih kebiru-biruan dengan filamen yang panjang, seperti misai kucing.

Daun Misai Kucing tersusun dalam pasangan yang bertentangan. Daun Misai Kucing berasa licin, berwarna hijau, berbentuk tirus di hujung dan tepi daun bergerigi. Tangkai daun pendek, lebih kurang 0.3 cm panjang dan berwarna ungu-kemerahan. Batang pokok Misai Kucing berbentuk empat segi, berwarna kemerahan, tumbuh tegak dan bercabang-cabang. Misai Kucing mempunyai bunga yang berwarna putih dan keseluruhan tumbuhan ini boleh digunakan sebagai ubat. Daun pokok Misai Kucing juga digunakan sebagai herba perubatan untuk merawat penyakit kencing manis.

Herba Misai Kucing digunakan untuk memperbaiki saluran kencing dan buah pinggang dan bagi membantu mengelakkan penyakit batu karang. Mengikut kajian yang sudah dibuat, daunnya yang sudah dikeringkan adalah bersifat diuretik dan membantu menyingkirkan asid urik yang berlebihan dalam badan.

Tumbuhan dari klasifiksi liar ini mula banyak ditanam dan popular sebagai tumbuhan taman kerana bunganya yang cantik.tumbuhan ini mudah membiak melalui keratan batang dan memerlukan medium yang agak lembab untuk hidup dengan subur. Misai kucing ialah heba bukan semusim dan ia boleh hidup lama.Ia kaya dengan kalium. Tumbuhan ini mula menarik perhatian para pengkaji antarabangsa apabila ia mula diperkenalkan sebagai teh dieropah pada awal kurun ke-20.

Bahagian yang digunakan ialah Keseluruhan pokok kecuali akarnya Kandungan kimia: cirsimaritin, myoinositol, orthosiphon, pillion, rhamnasin, bmlt oioioldsalvigenin, kerotin, kerotinoid, minyak pati, flavanoid, glukosid, glikoprotein, saponin dan terpenoid. Misai kucing telah terkenal sejak turun temurun kerana dapat membuang dan mencuci darah dari toksid yang berlebihan. Daunnya yang dikeringkan dan dijadikan teh telah digunakan sajak dulu lagi dan selamat dari sebarang kesan sampingan.

Herba Misai Kucing dapat membantu tubuh kita mengeluarkan bendalir berlebihan terutamanya dari sendi. Ia mengandungi kandungan kalium yang mencukupi untuk menggantikan kehilangan kalium dari badan semasa pembuangan air kencing. Ia juga tidak mendatangkan masalah pada buah pinggang seperti kebanyakan ubat-ubat moden. Selain itu ia juga dapat merawat penyakit lain seperti gout, athriris, reumatik dan penyakit batu karang. Ia juga dapat mencegah pembentukan batu karang dan terkenal dengan khasiatnya untuk merawat kencing manis dan menurunkan tekanan darah tinggi.

© JK Angel Beauty
credit